Saturday 9 July 2011

~질투~

Asalammualaikum....
Annyeo Hasayo...
Haii...

Cemburu 2 ape.......??

Sifat cemburu ini adalah naluri manusia yang sememangnya amat sukar dibendung. Ramai yang beranggapan bahawa orang perempuan kuat cemburu. Sebenarnya dalam soal ini, samada lelaki atau wanita, sifat cemburu ini ada pada setiap manusia. Cuma kita perlu bijak dalam mengawal perasaan cemburu. Jadi fikir-fikirkanlah yang mana baik dan yang mana buruk.


Tip Mengawal Keadaan Pasangan Yang Cemburu

1. Jika pasangan kita mula menunjukkan rasa cemburu, jangan terbawa-bawa dengan sifatnya itu. Mungkin kita tak perlu menjawab setiap soalannya. Lebih baik berdiam diri saja daripada terus menyemarakkan kemarahannya.

2. Terima hakikat bahawa dia tak berniat untuk melukai hati kita. Mungkin ini sifat semulajadinya dan jangan ambil hati.

3. Cuba sedaya upaya untuk membina keyakinan diri. Puji dia jika perlu. Minta nasihatnya dan salurkan rasa cinta kita pada dia.

4. Jangan berfoya-foya dengan wanita/lelaki lain. Ini hanya membuatkan situasi lebih sukar. Apa yang dia perlukan adalah sokongan yang berterusan.

5. Berbincang dengan pasangan tentang perasaan cemburunya.

Atasi Sifat Cemburu

1. Hormati perasaan pasangan kita. Dia juga mempunyai hak untuk menilai kecantikan wanita/lelaki lain.

2. Bagi diri sendiri masa untuk mengatasinya. Jika kita memang seorang yang cemburu, usah berharap kita boleh berubah dalam masa yang singkat.

3. Tuliskan apa perasaan kita apabila  merasa cemburu. Marah? Tidak tentu arah? Menangis? Geram? Rasa malu? Adakah kita ingin meneruskan hidup kita dengan cara ini? Jika jawapannya tak, maka berubahlah segera.

4. Cuba fikirkan bagaimana cemburu kita meledak. Adakah adil kita menyisihkan si dia daripada orang lain? Bukannya sesuatu yang teruk andainya dia senyum dengan orang lain.

5. Bina keyakinan diri. Kita mungkin rasa tak selamat jika bergantung kepada si dia. Luaskan persahabatan dengan orang lain.

p/s:cakap memng senang tapi nak buat..huhhh.........



No comments:

Post a Comment