Thursday 3 March 2011

jANgaN bUaT oRAnG yG mENcintAi kITe KEcewa....


1] Orang yang mencintai kita tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kita. Yang dia tahu di hati dan matanya
hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kita sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kita bahagia dan kita tetap
menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kita selalu menerima kita apa adanya, di hati dan matanya kita selalu yang tercantik walaupun mungkin kita
merasa berat badan kita sudah bertambah.
4] Orang yang mencintai kita selalu ingin tahu tentang apa saja yang kita lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kita.

5] Orang yang mencintai kita akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain
lagi, walaupun kita tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang
berbeza,bukan “I love u”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kita menyambut hari tahun dan kita tidak mengundangnya ke majlis yang kita adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon
untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kita akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kita, bahkan mungkin kejadian yang kita
sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat
bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kita selalu mengingati setiap kata-kata yang kita ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kita sendiri lupa
pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata kita di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kita
tuturkan padanya, dan akhirnya kita musnahkan? pasti kita lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kita.

9] Orang yang mencintai kita akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kita, bahkan mungkin meminjam CD milik kita, kerana dia
ingin tahu apa kegemaran kita, kesukaan kita kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kita, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir  bertemu kita mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon
untuk bertanya keadaan kita  kerana dia bimbangkan tentang kita, peduli tentang kita.

11] Orang yang mencintai kita akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kita itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi
baginya barang itu sangat istimewa.

12] Orang yang mencintai kita akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kita, sehingga kita menjadi bingung.
Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kita telah menggegarkan dunianya.

13] Orang yang mencintai kita selalu ingin berada dekat dengan kita dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kita.

14] Jika suatu saat kita harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kita waspada dengan persekitaran
yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kita. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kita, pernah dengar ‘jauh
di mata, jauh di hati?’

15] Orang yang mencintai kita bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

16] Orang yang mencintai kita sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kita 100 kali dalam masa sehari. Atau
mengejutkan kita di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kita.

17].Kalau kita melihat handphonenya  nama kita akan menghiasi sebahagian besar INBOXnya. Dia masih menyimpan SMS-SMS
dari kita walaupun kita kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu.

18] Dan jika kita cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari
kehidupan kita, walaupun hal itu membunuh hatinya.

19] Jika suatu saat kita merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kita kerana sebenarnya dia tak
pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kita.

20] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kita memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin
mengetahui, kerana dia tidak mahu kita terbeban dengan karenahnya. saat kita pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kita,
kerana dia benar-benar mengerti apa itu CINTA.

p/s: kadang2 kita rase tapi wat x rase...





No comments:

Post a Comment